Indahnya Pagi!
yaaawnnnn ^^
Sinaran matahari memancar dicelahan tetingkap rumahku. Keriangan bunyi burung bernyanyi, mengalun memanggil rakan-rakan turut serta bersama. Langit biru diselangi garis-garis awan putih. Segar dan indah, tapi lagi indah keindahan di kampungku, Changkat Belengkor, Batu Gajah. Udara yang lebih segar begitu menusuk sampai ke minda. Sejuknya air seperti air di kali. Itulah suasana kampung yang berbeza dengan bandar.
Di keindahan pagi ini, sempat juga aku menaip melakar cerita. Dalam fikiran, kerja-kerja album belum diselesaikan. Niat untuk hari ini sekurang-kurangnya siap 2 album dan nekad untuk hantar ke kedai mnggu depan. Cetakan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu. Maka boleh la para-para pengantin kesayangan aku dapat album sebelum bulan puasa. Insyallah! Haip!
Tak lama lagi, 9hb-10hb July 2011, ada family day untuk geng kelas aku iaitu Alumni Studio 12.1 Gathering 2011. Hopefully ianya sukses! Aku berusaha dengan gigih untuk dapatkan yang terbaik dan di antara yang terbaik. Mudah-mudahan Allah merahmati segala kerja-kerjaku, ameeeeennnnn. Inilah hasil yang termampu aku buat. Semoga ianya dapat memberi kenangan yang mendalam kepada mereka. Aku pun dah tak sabar nak lompat bintang kat tepi pantai nie. Huwa huwa huwa...coool, aku suka tengok laut! Boleh tengok sunset...wow, masa nie la nak shoot gambar puas-puas. ^^
Eh sambung edit kijo. Ahah, mesti berjaya siapkan arini! Mesti! Mesti! Hehehehe


0 comments:
Post a Comment