klik klik

10 June 2011

Soseh Soseh Wedding
Tunggu turn je la..huhu

Masa berlalu amat pantas. Sepantas Cheetah yang berlari. Jenuh juga aku mahu kejar. Seolah-olah tiada masa tambahan untuk menamatkannya. Licik sungguh masa ini. Dengus ku perlahan.

Kini sudah bulan Jun, kita berada di pertengahan tahun. Pejam celik siapa yang tahu. Masa begitu cemburu dengan kita. Dan pelbagai suka duka harungi hidup harus dijalani. Oh ya, bercerita tentang perkahwinan. Semua orang memang mengimpikan dan menginginkan. Huhu, tahun ini, ramai kawan-kawan aku kahwin. Sob sob..especially kawan baik sekolah aku iaitu Syaroza, percintaan mereka dari sekolah hinggalah sekarang amat menakjubkan sekali. Begitu hebat bertahan dan akulah saksi pertama melihat mereka menjaga kesucian cinta itu. Akulah orang yang shoot untuk wedding kawan baik aku nie. Sob sob, kahwin juga dia. Jenuh berjauhan, jenuh hadapi rintangan sudah. Tu lah, orang kata kalau dah jodoh, segalanya lancar sahaja. Kuasa Allah begitu agung sekali. Tanggal 21 Mei 2011, tika lafaz mulut termeterai, tikai tangan bersalam menjadi padu, tika sah kedengaran di setiap ceruk telinga...kelihatan kaca jernihnya berderai kerna syahdu dan pilu. Sob sob, aku pun terkena tempias tau. Sedih woo tengok kawan baik dah selamat menjadi isteri. Pesanku, jadilah isteri terbaik di sisi suami dan berpegangkan cinta kerna Allah. Insyallah, moga kekal selamanya. Wuwuwuw, terasa tersentuh sanubariku ini. Aik, aku plak tersentuh nie kenapa plak..hihihih.

Dan begitu juga kawan baik masa sekolah dulu, iaitu Hazwani yang selamat dijabkan kabulkan pada bulan Februari. Aku juga yang shoot. Huuu..saat 'sah' je. Waaaa...nasib dia takde apa-apa kaca nak bagi jatuh. Huhuhu, aku pulak sayu memandang muka dia dan tersenyum. Semoga jadi isteri yang baik di sisi suami ye. Pelukku sambil senyum. Dia pun rasa tak sangka jodoh dia datang juga. Itulah orang kata Allah tetap akan bantu dan melimpahkan rahmat pada setiap manusia yang mendirikan masjid. Hehehe, antara kita tiga orang, sure aku hadi orang last ler. :P. Takde rezeki, lek luuu..masa masih panjang. Hehehe

Dan begitulah berlaku juga pada kawan zaman study UIA dulu. Aku ada kawan tiga orang yang agak rapat suatu ketika dulu. Hahaha ingat lagi kitaorang cakap, agaknya siapa kahwin dulu. Ada yang tunding jari ke aku, ade yang tunding jari ke Asha, ada yang tunding jari ke Ida. Ya, zaman matric yang aku tak tahu apa-apa tentang cinta. Buta kot. Hahahaha...Yela, aku cakap kat diorang, walaupun aku anak sulong, antara korang-korang nie, aku sure kahwin last last, means cam bongsu laaa..wakakakaka. Tapi memang betul, kenyataan dah ada..hehehe. Last-last, orang yang tak kita tak sangka. Ida kahwin dulu sebaik sahaja selepas grad. Sob sob, terkejut gila aku. Yela dulu dia baru je lepas frust. Alih-alih dah nak kahwin plak. Dia pun bitau last minit, lagipun kendurinya jauh kat Perlis. Tak dapek nak den datang. Aku cuma ucap je selamat dan semoga kekal sehingga hujung nafas. Aku dan Asha belikan dia hadiah wedding. Tak ingat la sebab dah lama kot dia kahwin. Kalau tak silap tahun 2007. Hahahaa, pastu aku dan Asha pandang sesama sendiri, skang agaknya turn siapa plak lepas nie. Hihihi..paused jap. Lama-lama sket...aku pun baru dapat tau Asha nak kahwin. Merajuk giler aku, dia berahsia kenduri pertunangan dia. Sob sob, terkilan gila-gila...sampai ati takmo bitau. Sama je kes dengan Ida. Sob sob, alasan, kalau bitau takut tak menjadi. Tapi memang betullah, elok diam-diam aje. Tapi aku tak peduli..terasa jauh hati tau. Wuwuwuwu..ate dah kawan-kawan. Huuu...sob sob. Then aku dapat tau turn dia plak yang kahwin. Tahun 2008 kot. Ha, kan dah agak mesti aku last punya, seloroh ku pada kawan aku. Ahaks...lawak lawak :P

Sama gak dengan Safiah, Dora, Atun, Hana, Jan, dan ramai lagi la kawan sekelas aku yang dah kahwin. Masih ada lagi yang menanti cinta juga. Masih masih lagi..nasib tak terasa sangat :P, kalau bergeng-geng nie terasa macam lan sket. Hihihihi :P Lek lek luuuu!

Tu zaman study, now zaman dengan kelab kereta. Haa...aku pun ada team geng dengan gugurl nie. Kitaorang namakan team so what. Haha, nama team ini wujud masa start main futsal. Kitaorang ada 4 orang semuanya. Adatlah gosip perempuan, tak lain tak bukan. Siapa kahwin dulu. Bosannya aku dengar. Dengan muka slumber aku pun jawab, walaupun aku sulong tapi gerenti aku paling last kahwin. Hehehee...memang ternyata berlaku lagi. Huhuhuhu, Orang pertama yang kahwin dalam geng kami Yanie. Huhuhuh, tahniah diucapkan, then lama sket, dapat berita turn Naddy plak...haaaa tahniah lagi, then lagi baru-baru nie, turn Datin Fia Comot, kunun-kunun datin :P...haaaaa kan dah jangka, sure akulah yang last. Hehehehe, diorang gelak tak hengat. Hahaha, kan aku bongsu kan kan, manja lagi. Wahahahah...Hatoi, pecah perut aku nak gelak. Bukan takde orang nak, tapi memang susah nak jumpalah yang boleh masuk dunia aku nie. Haaaaa...berderet-deret tu sudah pasti. Even time kerja pun, kalo jumpa dengan orang pun, pak-pak tua pun ada yang jenis bulu miang, hangin jugalah. Ada yang jenis cool pun ada. Haih, macam-macam. Hehehee, sengihku sendirian.

Belajar dari ragam & pengalaman orang amat menarik. Kita melihat, mentafsir dan adakalanya boleh buat kita tersenyum sendirian. Apa yang pasti, moga mereka dikurnia rezeki dan anak pada mereka yang belum dapat anak, dipermurahkan rezeki dan kebahgiaan yang berpanjangan.

Waduh, bau enak gulai lemak mak masak nie betul-betul mencongkam jiwa laaaaaaaa. Lapaq terleleh dah air liuq nie. Lai lai lets sikfan :P




0 comments:

nuffnang