Waktu Yang Cilik
biar masa tentukan
Dah pejam, dah celik. Pejam lagi, celik balik. Dah nak penghujung Jun sudah. Segala macam cerita ada yang berlaku. Semakin lama semakin ketara. Haaaaa, apa aku nak cakap eh. Garu-garu lagi di kepala yang tak gatal. Cuak ke? Wahahahaa, ayat power untuk aku! Ape lak cuak, cool sudah. Lek lek luuuu, tada hal nye weh. Ayat memujuk hati. Hehehe...
Tak sangka pantas betul masa berlalu. Dari saat kedukaan terus aku melonjak kegirangan. Dari terasa merana sehinggalah lapangnya lubuk jiwa. Dari berkerut-kerut muka sehinggalah wajah berseri-seri tanpa kira waktu dan di mana sahaja. Eh, apa dah jadi dengan aku nie ha? Wuhuhuh perlukan jawapan! PAP! tangan menampar ke pipi. Betul ke tak, realiti ke nie atau sekadar halimunan. Eh ape aku merepek nie da.... :P
Biar saja masa menentukan. Jangankan sejarah berulang dua kali. Owh semoga tidak. Yakin pada janji Tuhan. Kepada Dialah kita mengadu, berkasih dan bercinta. O Allah the Almighty. Fikiran takde bercelaru malah lapang, tenang dan terasa lebih hidup ini bermakna. Adakah berkat kesabaran? Kesungguhan? Keikhlasan? Wah, pelbagai persepsi bermain dibenak. Mungkin jatuh kali ke....dua? Haaaaaaa....ayoyoyoy ammaaaa...sambil menggeleng2 kepalaku seperti lagak seorang india. Takut menyelubungi...eh, jangan. mari kita bagi peluang. Jangan sia-siakan. Hurm, ye tak ye gak eh. Garu-garu pula kat tangan yang tak gatal. Menerawang lagi. Jelus. Menolopong.
Perbincangan serius dengan mak. Soseh-soseh la aku. Tak pernah sharing citer dengan mak secara detail. Huhu, kali nie rasa cam tak kuat pula, kena ada sokongan. Hehehe, tapi pelik, sebelum nie aku seorang yang berani dan kental. Tapi dalam situasi begini tiba-tiba aku kalah dalam permainan. Wah wah, adakah? Howaaaaa...lek lek. Huuuu..PAP! eish merah dah pipi asyik kena tampo. Wake up! Wake up! Ini realiti bukan fantasi. Huhu...jom joget zapin :P (Dah mula mereng dah) Teng teng tenggggg!
Eh sambung kijo...zasssssssssss
1 comments:
lalalalalalala.....
Post a Comment