Kerdip-kerdip Ramadhan
Tenang setenang air dikali
Kringgg!! Bunyi alarm handphone menjerit seketika di dalam bilik yang sunyi itu. Argh, sakitnya telinga! Haish, jam nie. Desus hatiku. Jam digital menandakan 430 pagi. Kepala liang lentuk, kemalasan untuk bangun semakin berat. Mata terkebil-kebil mencari cahaya. Sayup-sayup suara wanita berumur lewat 60an bergema memecah pagi buta. Minggu kedua Ramadhan. Rupanya sudah hampir separuh daripada 30 hari. Pantas betul masa berlalu. Tak terkejar dek aku.
Bunyi kipas ligat berputar. Jasad ini duduk di hujung katil menatap pintu bilik air. Melangkah pun rasa berat, apatah lagi mahu bangun berdiri. Apa pun kena bangun, hish tak elok, bisik hati kecilku. Aku bingkas bangun, membersihkan diri lalu turun ke meja makan dan termenung lagi. Bau lauk hangat begitu menyelerakan. Tekak pula tak boleh terima. Maklumlah, pagi-pagi buta kena makan. Tapi aku tidak menolak. Cedok sini sikit, cedok sana sikit, Bismillah....ngap.
Alhamdulillah kenyang sudah. Tunggu azan Subuh sahaja berkumandang. Begitu nikmat sahur tadi. Senyumku keseorangan. Ku tatap handphone yang berada di sebelah bucu katil. Dah sudah ke dia? Senyum ku lagi keseorangan. Mudah-mudahan apa yang dirancang menjadi. Ameen, doaku dalam hati.
Sedang leka aku duduk bersandar, entah bila aku lelap, tup tup sudah hampir pukul 7! Oh, aku dah terlambat! Bergegas aku ambil wuduk lalu dirikan solat. Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini. Sesungguhnya aku teramat lalai dalam arus fatamorgana. Doaku diteruskan sehinggalah terbitnya mentari.
Nasib hari ini hari minggu. Aku sambung tidur selepas itu. Kengantukan yang sukar di tahan-tahan. Akhirnya lelapku sampai la jam 10. Ish ish, anak dara sapa la nie. :P
Macam biasa rutin harianku, menyiapkan album-album yang berlambak itu. 24 jam mengadap PC. Mata tiada kerdip, demi menyiapkan album mereka. Yela, mencari rezeki demi sesuap nasi. Tanggungjawab harus dilaksanakan. Adakalanya aku terlewat menyiapkan. Dengan mata yang bersengkangkan 4, sedaya upaya aku melunaskan segala kerja. Mata melirik 1000D yang banyak memberi khidmat sepanjang kerjaya aku. Itulah sumber rezeki aku. Ameen, syukuri apa yang ada. Insyallah, jikalau aku sudah berstatus lain pun, aku tetap jalankan kerja-kerja shoot wedding. Kerna aku memang suka ambil gambar dan jadikan ia sebagai kenangan abadi dan selamanya. Cewah! Sejak bila aku pandai bermadah nie!
Tup, tup, dah malam. Labuhnya tirai senja, munculnya selimut berkelipan oleh bintang - bintang. Purnama bercahaya di dada langit. Begitu indah sekali. Senyum ku sendirian. Syukur dan Subahanallah, Kau ciptakan bumi dan langit begitu sempurna sekali. Tetiba terlintas di fikiran, ibarat pungguk rindukan bulan. Oh bulan... :)
Tiada apa yang lebih membahagiakan selain kita menatap alam yang indah ini. Kesejukan terasa sehingga ke tulang sum-sum. Kilauan memancar ke anak mata ini. Indahnya ciptaan Allah SWT. Kumat kamit melafaz doa. Dan berbalik aku ke tempat duduk tadi. Sekadar meregangkan minda mencari idea untuk album - album kesayangan klien. Yela, bukan senang nak mengedit kalau tiada idea. Boleh pengsan wooo... :P
Eh sudah Isyaklah. Masa untuk solat. Semoga Ramadhan kali ini membawa barokah pada kita semua. Pohonlah keampunan, tingkatkan amalan, bertindak waras, aqal kuasai nafsu, dan berikan petunjuk hidayah dari-Nya. Ameen...

0 comments:
Post a Comment