klik klik

10 August 2011


Oh Ramadhan
kembali menjengah

Sudah sekian lama aku tak mengupdate posting. Terlalulah sangat busynya. Menyiapkan album sampai ke dinihari. Ada yang aku tersiapkan lambat. Serba salah aku dibuatnya. Ini tanggungjawab aku untuk melunaskan kerja. Apa pun aku cuba yang terbaik. Jangan ada kurang satu pun. Minta maaf wahai kawan-kawanku sekalian. :)

Update JULY 2011
Pada Julai yang lepas, aku menganjurkan 1 event alumni untuk studio aku di Port Dickson. Alhamdulillah ternyata sangat berjaya dan berjalan dengan lancar. Dan aku tak sangka aku boleh melakukannya! Gembira dengan hasil sendiri, ramai yang berpuas hati, alhamdulillah syukur, siang malam aku berdoa supaya event ini berjaya dengan lancarnya. Aku siap apply cuti untuk membuat persiapan memeram ayam bbq dan juga bahan2 untuk dipanggang. Cuma aku terdatang lewat sikit pada hari kejadian tersebut. Eh, bukan terlewat sket, terlewat banyak gila, huhu!






Balik Kampung, Julai 2011
Seminggu selepas event itu berlalu, mama bercadang pulang ke kampung untuk melihat opah di sana. Apa lagi, rempit dengan kereta baru la, VIVA. Hurm, apa yang aku boleh komen nie, VIVA selalu buat aku ngantuk la dalam pemanduan. Takde bunyi ekzos besar macam saga aku, takde power stering mcm saga aku, takde sport rim yang best macam saga aku, haaa lagi ape...cuma kelebihan viva nie leh lipat side mirror laa (sangat jeles). Saga kalo dilipat mau terkepak nanti. Huhu. Dikeheningan malam, aku memandu selaju manusia kayuh beskal iaitu 80kmj. Slow bebeno, nak bawak laju-laju, viva nie ringan sangat. Duhai adikku, harap ada lesen tapi tak leh drive, sapa yang kena...aku juga. Sapa yang jaga kete, aku juga. Huuu...viva nie tinggi sket, berbanding dengan saga aku yg agak lowered (barulah ada style beb). Bila bawak kereta viva tu rasa segan je, yela, macam takde rasa garang. Ape nie bro, kata minah rempit. Heee, lek lek luuu, memang aku nak ubahsuai laaaaa keter tu. Tunggu pitih datang, eh ape plak guna pitih aku, guna adik nye pitih la, heee.

Hurm, ibarat aku dh ada 2 kereta. Yang si blek racing nak kena jaga, yang si kicik molek pun nak kena jaga. Haaaaaaa...

***

Tetiba teringat my hubby the black racing. Ensem bergaya :)

Dan pada waktu ketika aku eksiden di depan PWTC (tahun 2007), dalam keadaan jem dan kesesakan yang nyata, pun boleh eksiden! Geram betul dengan orang volvo tu. Aku salah sebuah kereta paling akhir langgor bontot volvo. Kelihatan bontot volvo takde kecacatan langsung! Oh, speechless lah juga time nie. **Pssst, nanges tak hengat aku time nie. Menggeletar kaki dan seluruh badan. Huhuhuh, minah rempit pun nanges tau :P (cover cover)



Di depan PWTC tunggu adik dtg tolong.


Dan, dalam masa 3 hari, aku di tolong oleh geng-geng budak kereta. Alhamdulillah, lega ya amat, selama 3 hari aku sunyi tanpa bunyian black racing. Rindu ya amat. Kesayangan aku nie sedang dalam proses baikpulih. Alhamdulillah, setelah kawan aku roger kata, dah siap, black racing hubby aku kembali ensem! Sob sob, mekasih kawan-kawan aku yang banyak sangat tolong. Jasamu dikenang!

Dpt free antena (sekadar hiasan je) :P

Thanx tolong tampalkan R3 nie! heheh (alamak kantoi ade P) :P

Wajah selepas di baik pulih, hanya bonet+fender je tak dapat diperbetulkan sepenuhnya. Kedut-kedut dah muka dia. Huhu, dan beberapa bulan selepas itu, barulah si black racing dapat kulit baru, tapi hingga sekarang tak pernah nak cat. Adoi, risau plak benda tu menanti karat. Sob Sob, sian black racing kesayangan ku nie. :(. Sabar lah ye. Huhu


***

Eh, teringat pula benda yang dah lepas. Huhu. Oh Ramadhan kembali hadir dalam hidupku. Aku menerima kedatangannya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang aku sendiri tak tau nak cakap macam mana. Begitu gembira sangat-sangat. Oh Allah yang Maha Kuasa, begitu hebat kemanisan yang Kau beri padaku ini. Hamba yang lemah lagi jahil, lagi alpa dengan arus fatamorgana. Kau telah berikan aku kepahitan yang mengajar aku melingkari hidup. Mengajar aku erti kesabaran dan keredhaan ke atas apa yang berlaku. Oh Allah yang Maha Mengetahui, Kau limpahkan rezeki, kebahgiaan dan juga kegembiraan kepadaku. Tanganku tadah syahdu bersyukur. Tanges dan pilu rasa terharu. Bertafakurku di depan-Nya. Sesungguhnya janji Allah itu tepat dan tak pernah mungkir.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kini aku telah jumpa hikmah tersebut dan aku sangat-sangat gembira. Semoga ianya kekal sehingga ke akhirnya. Moga kuat hadapi dugaan yang mendatang. :) (teeet!!)


Ok dah, sekain report saya arini. Eh..heee...lain hari report lain plak. Nanti nak upload masakan hasil dari tangan aku sendiri! Oyeah....selamat berpuasa semua!

Inspirasi Ramadhan banyakkan amalan

0 comments:

nuffnang