klik klik

30 September 2011

Demi Waktu
Wedding Hunter part I

Alhamdulillah. Rahmat atas segalanya. Wajah-wajah saudara mara, garis ketuaan muka opahku, senyuman terukir dari orang tuaku, ternyata jelas terpancar. Itulah bermulanya perjalanan yang kita takkan tau apa yang berlaku di hadapan kelak. Moga aku dan dia sentiasa beringat akan-Nya dan tidak jauh menyimpang dari jalan yang benar.

Mata melirik jam di henfon. Pantas betul masa berlalu kan? Kejap aje sudah memasuki bulan zulkaedah. Kini di penghujung tahun. Nyaris. Takat suku hidung mahu bernafas. 2 bulan jangkaan sempit untuk mencari ruang masa.

Tiba masa untuk bersiap untuk akan datang. Wah, ternyata kocek kering. Saraf dikepala sudah mencengkam ubun-ubun. Sabar. Insyallah pasti ada jalannya. Kita sebagai khalifah tentu ada hikmah disebalik ini. Mohon aje pada-Nya. Jangankan masa susah sahaja, masa bahagia, senang, setiap masa di mana jua, DIA di hati kita.

Minit saat tak bisa berhenti. Ke depan dan terus ke depan. Tiada berpatah apatah lagi berpaling. Angkuh ya masa. Hari - hari yang tak mungkin ke belakang. Jari menaip, mencoret jumlah yang diperlukan. Dahi berkerut mencongak apa yang terlintas di hati. Segala senarai di uraikan. Keperluan dan kemahuan, kemampuan dan kelebihan. Sponsor? Siapa sudi? Huhu, kalau aku jadi artis sure boleh kan, huhuhuhuh ..ok aku berangan. :P

Pertama di benak, konsep yang diinginkan ialah less is more. Paham kan maksud aku? Hihihih, biar simple tapi ianya nampak sempurna. Contoh seperti ini (Semuanya petikan dari Google, maaf terlupa link diorang nie):


Wah, sememangnya macam ini aku inginkan, lebih kepada macam art kan?


Lagi simple, tapi ini di bawah gazebo kot, bulehlah macam nie.

I like! Very simple. Tapi tu la, mama tak setuju. :P


Agak esklusif juga tapi simple juga. Hurm..oh lupa, aku punya bawah kanopi daaa..:P


Outdoor




Antara banyak gambar-gambar nie, aku ubah suai sket, campur aduk sket idea aku then jeng jeng jeng, tengok je la nanti ye! hahahaha


Colour Theme

Dari segi warna pula, aku cadangkan di awal permulaan warna sebegini:


Haaa, siap aku kasik idea tau. Heee, butik yang aku rekemen ialah darihati-bridal . Memang ok aje, lagipun hasil kerja dia sangat halus. Hasil jahitan baju pun sangat kemas memang aku suka. Make up pun boleh tahan, lagi nampak kecomelan, cewah cewah perasannya aku. Ok, akan tetapi tetiba lama sangat berfikir, aku tukar lain plak konsep warna. Iaitu :

Lebih natural and soft. Aku nak main pastel colours. Biru memang susah aku nak jauhkan kerna, biru tu dah sebahagian hidup aku. Cewahhh :P, so dengan ini telah pun confirm untuk menghasilkan warna - warna pastel tersebut. :)

Goodies
Kalau nak bercerita nie, memang banyak. Nak itulah, nak inilah, tapi bagi aku senang je dan muda. Aku suka dengan hasil seperti ini:



Haaa, lebih kurang macam nielah, simple kan :). Tak banyak-banyak taruk benda. Cukuplah 1 - 2 jenis dan packaging yang menarik. :) Lain dari yang lain kan. Huwa huwa huwa

Ok, dah cukuplah sampai sini aje, den dah lapar la plak. Tunggu akan datang cerita lain plak. (Tapi entah bila nak update kan) Hehehehee.




0 comments:

nuffnang