klik klik

20 September 2011

Pelangi Muncul
disebalik mendung

Jari menari-nari menaip patah kata di ruang chating. Senyuman melebar terukir, bertentangan pancainedera yang melihat, ibarat dia berada di depan kita. Tanggal hari ganjil pada bulan mulia iaitu 3 Ramadhan, hidup kembali berwarna warni lagi. Setelah mendung untuk sekian lama, akhirnya muncul juga pelangi mewarnai kembali di ruang hidup ku ini.

Kehadiran yang kita sendiri tak sangka, tanpa terduga Allah telah memberi hikmah yang begitu besar untuk aku. Aku amat bersyukur dan sangat-sangat terharu dengan hikmah yang DIA berikan. SesungguhNya DIA Maha Mengetahui.

Begitu indah kan janji Tuhan. DIA takkan biarkan hambanya diselubungi rasa sedih dan kepahitan, kerna itulah pasti ada keindahan yang kita sendiri tidak tahu apa keindahan tersebut sehinggalah kita merasainya. Apa jua keadaan kita kena belajar hidup redha dengan ketentuan DIA. Itulah rahmat besar bagi kita.

Persiapan ringkas, perbualan yang begitu lancar, senyuman yang panjang, berkenalan dengan sesama saudara telahpun menyatukan dua insan yang aku rasa...unbelievable. Camner citernya? Uih panjang kome ooooiiii...nanti aku pendekkan...ha meh aku citer...pendeekkkkkkk! Haaa...sudah, pendek kan citer aku...kui kui kui. Ops jangan marah :P

Dan sekali lagi ianya menjadi miliknya juga, kena beringat sket, bukan milik sepenuhnya, baru separuh, lek lu....tunggu pertabalan diraja nanti, haaaa, ku milikmu terus! (Eh berangan giler kan aku? :P )

Pekik teriak budak budak memecah keadaan, gelak tawa gembira syukur tercalit di setiap wajah masing-masing. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, segalanya berjalan dengan lancar. Sesungguhnya aku nak buat ekpresi muka macam mana ye...betapa aku gembira sangat-sangat.

Doaku dalam hati:

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Aku bukanlah pandai untuk bermadah namun iringan doa yang setiap hari aku lafazkan demi kebaikan diriku, kebaikan seluruh keluargaku, moga mendapat zuriat keturunan yang baik-baik. Tiada terindah hanya kata-kata syukur. Namun dalam kegembiraan tetap ada dugaan dan cubaan yang hadir. Tuhan berikan kita dugaan kerna DIA amat sayang pada kita, supaya kita beringat selalu akan DIA.

Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Akan tetapi kuatkanlah aku untuk hadapi dugaan yang mendatang. Sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah yang bernama manusia. Hanya Kaulah aku bermohon keampunan, hanya Kaulah tempat aku mengadu kasih, mengadu domba dan tempat luahan. Ameeen Yaa Rabbal Alamin

http://youtu.be/FIg5FkVQA1A



0 comments:

nuffnang