1st trimester
alahan
Krukk kriukk perut berbunyi. Mata memandang nasi. Termenung. Terus muka berpaling. Nasi itu seakan menggalakkan aku muntah lagi. Sayu melihat lauk feberet aku. Kenapa tekak tak mau terima? Fikiran teringat spagheti bolognese. Baru je buat hari itu. Nie nak lagi? Amboi anak mama nie, demand western kah?

9 weeks & 0 day pregnant :)
Pening. Loya. Muntah. Itulah yang berlaku. Cuba untuk menelan sesuatu yang boleh datangkan selera. Tapi tak boleh. Takkan nak paksa? Tension. Otak ligat berfikir mencari menu yang sesuai dengan tekak ini. Dibelek-belek sehabis mati akal. Owh, bihun sup menjadi santapan hari - hari makan tengah hari. Itu je diterima tekak. Nasi? Owh, tidak. Menyebutnya pun seakan seriau. Mujur aku suruh mama buatkan bubur berlaukkan telur goreng dan tambahan resepi iaitu kicap masin. Enak. Tapi makan dalam kuantiti yang terlalu sedikit. Letak sesenduk bubur dalam pinggan besar. Berjam - jam nak habiskan, nak kunyahkan. Kenapalah liat mulut ini mengunyah. Tekak berusaha untuk menolak tapi Alhamdulillah, masuk ke perut juga. Kemudian pening, loya kembali. Minyak angin dipegang erat tak mau lepas.
Tiba-tiba hati nak ikan salmon yang mentah itu. Sebenarnya tak berapa elok tapi aku sekadar nak rasa di tekak. Mega pun belikanlah ikan salmon tu. Ikan salmon tu memang mentah. Aku teringat sewaktu pergi Spain naik flight ada hidangan ikan salmon + perahan lemon + garam. Aduh, sedap tak terkata. Tertelan air liur jap. Kebetulan Mega singgah KLCC belikan ikan salmon. Ala sikit aje. Tak banyak. Kat office duk teringat-teringat salmon sampai mimpi salmon. Bayangkan keinginan tu. Dulu takde sangat. Ya Allah semoga aku kuat hadapi dugaan. Bukan takmau tahan tapi cuba tahan cuma benda tu dah terbawa dalam mimpi siap terleleh air liur. Betapa aku memerlukan sangat ikan salmon tu.
Akhirnya dapat, hidangan salmon mentah berada di depan mata. Perahan lemon & garam sebagai perasa. Apa lagi, mulakan makan, ngap, ngup ngap. Sedap dan nikmatnya tak terkata. Teringat aku makan dulu-dulu. Sedap sangat - sangat. Bila dah dapat tu rasa puas sepuasnya. Betapa gembiranya aku dapat rasa!

Copied from Google. Credit to Google's Picture
Betapa nikmat hanya Tuhan saja yang tau. Hehe, tapi tak boleh makan selalu ye. Ianya tak elok kerna ikan nie tak masak. Kalau boleh kena masak at least kukus ke. Tapi masa aku buat research, tiada mention kan ikan cuma dia tekankan contoh macam daging yang tak cukup masak, telur dan sushi. Memang tak dinafikan tak elok dan kalau boleh elakkan. Dan sebenarnya ada juga ikan - ikan yang tak boleh dimakan kerana kandungan merkuri yang terlalu tinggi. Kejap aku cari infonya, tak ingat search di mana. Zassss!
Di bawah ini 8 pilihan snack yang nutrisinya juara!
- Kacang Mete. Selain gurih dan empuk, gizi kacang mete juga kaya protein - dibutuhkan untuk membangun sel-sel janin - zat besi untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sel otot, serta serat agar ibu terhindar dari sembelit. Porsi anjuran: kurang lebih 1,5 sendok makan per hari. Saran:Digoreng dengan sedikit minyak, jangan dibubuhi garam.
- Roti Wholegrain. Setangkup roti gandum mengandung sekitar 600 kalori, sehingga mengenyangkan. Roti wholegrain juga kaya magnesium untuk membantu mengoptimalkan penyerapan kalsium agar dapat menambah kepadatan dan memperkokoh struktur tulang janin. Sementara, seng bermanfaat untuk membantu pertumbuhan sel-sel janin. Porsi anjuran: 2 lembar per hari.Saran penyajian: Dioles keju lembaran, garlic butter, atau ditambah tomat dan mentimun.
- Telur. Inilah sumber vitamin D terbaik guna membangun daya tahan tubuh yang kadang menurun saat hamil. Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium. Selain itu, telur mengandung vitamin A, B Kompleks dan sejumlah mineral seperti zat besi, fosfor, kalsium dan sodium. Porsi anjuran: 1 butir sehari. Saran penyajian: Direbus atau sebagai campuran salad sayur/buah, dengan dressing olive oil. Hindari telur mentah atau setengah matang karena berisiko mengandung bakteri Salmonella.
- Salmon. Ikan yang satu ini terkenal juara akan kandungan asam lemak tak jenuh Omega-3. Nutrisi tersebut sangat baik untuk pembentukan sel-sel tubuh dan saraf otak janin. Selain itu salmon juga kaya protein, kalsium, fosfor dan vitamin D. Porsi anjuran: kurang lebih 350 gram (2 sampai 3 porsi) per minggu. Saran penyajian: Untuk isian roti wholegrain atau campuran salad sayuran dengan dressing olive oil. Jangan makan ikan salmon mentah karena berisiko tercemar bakteri E. Coli dan Salmonella.
- Bayam. Dulu di Eropa dan Australia bayam dikenal sebagai tanaman hias! Baru tahun 1960-an disadari sayuran kesukaan Popeye ini kaya akan serat, protein, dan zat besi. Mengonsumsi bayam, yang kaya asam folat, juga dapat mencegah janin mengalami spina bifida atau kelainan pada tabung saraf (neural tube defects). Porsi anjuran:1 mangkuk per hari. Saran penyajian: disayur bening atau sebagai isian lasagna.
- Blackcurrants. Salah satu jenis beri, sayangnya tidak tumbuh di Indonesia ini, dapat dibeli di supermarket. Bentuknya kecil dan berwarna kehitam-hitaman, terkadang dibuat manisan kering sehingga praktis dimakan. Blackcurrants juga kaya vitamin C yang dapat membantu pertumbuhan kelenjar, tulang dan pembuluh darah janin. Porsi anjuran: 50 miligram per hari atau sekitar 1 sendok teh. Saran penyajian: Dimakan begitu saja atau dijus.
- Ubi manis. Indonesia kaya akan ubi: ubi putih, merah, kuning dan ungu. Ubi sarat vitamin A yang berguna untuk pertumbuhan sel-sel tubuh dan sistem kekebalan tubuh janin. Juga kaya dengan beta karoten yang akan diolah tubuh menjadi vitamin A, dan Retinol sebagai salah satu jenis vitamin B. Porsi anjuran: 1 butir ukuran sedang per hari. Saran penyajian: Dipanggang atau direbus.
- Chickpeas. Chickpeas alias kacang Garbanzo, bentuknya mirip kemiri (namun lebih kecil) dan berwarna kuning muda, rasanya gurih. Kacang impor ini kaya protein dan lemak tak jenuh ganda, yang baik untuk jantung. Chickpeas juga bisa menjadi sumber kalsium yang baik apabila Anda kurang menyukai susu. Porsi anjuran: secangkir per hari. Saran penyajian: Dimakan langsung apabila dibeli dalam kemasan siap makan.
Eh, ada plak. Heheh, tapi dah tertelan masuk perut. Lepas nie aku tak buat lagi. Nanti semua orang marah lagi aku tension. Oh ya, lagi satu Meggie. Adoi, aku tak boleh tahan tengok adik - adik aku makan. Siapa boleh tahan kesedapan hirupan air tu. Mimpi lagi. Hurm...maka aku rasalah sedikit. Dan kebetulan tadi aku minum air sarsi yang telah dicampur air suam sampai takda rasa sarsi sangat tapi teringin nye pasal aku telankan jua. Oklah lepas nie aku tak mau sentuh lagi. Nasib baik ada cornflakes. Makan dengan susu Nespray. 2 kali tambah untuk bagi kenyang. Dah itu je yang boleh telan ke tekak. Nasib takda mual.
Tik, tok tik tok masa berlalu dengan pantas. Aku berharap aku dapat bertahan makan benda-benda yang tak baik untuk kesihatan aku serta bayi. Aku akan cuba kuat sekuat mungkin. Selsema dan batuk masih lagi menular dalam dada & paru-paru. Sakit gak tekak sampai berdarah tapi aku nak buat camner? Minum air masak bergelen-gelen. Allah ya Allah semoga aku sihat serta bayi ini. Sabar ye nak, mama cuba sekat keinginan. Maaf ye, mama tak boleh terlalu ikut selera kamu. Kamu kena ikut apa mama makan sahaja ye.
* Apa aku nak makan hari ini? Pening memikirkan juadah untuk selera aku.. :(...boring









